Followers

About Us

Wednesday, May 4, 2011

BILAKAH MASANYA?

Bagai pungguk rindukan bulan.

Assalamualaikum sayang..
Sayang, sedarkah kau betapa diri ini amat merinduimu?
Sedarkah kau bahawa diri ini telah lama memendam rindu?

Sayang, tahukah kau bahawa diri ini telah menanti kehadiranmu sejak 22.04.2011 lagi..
Satu tarikh yang kau janjikan sejak Januari 2011 lagi..
Ku semat ketat-ketat di ingatanku agar tarikh keramat ini tak pupus dari ruang cerebellum ini.

Tepat pukul 3.00 petang 22/4/11 ku sampai di tempat yang kita pernah janji tuh.
Malangnya, penantianku hanya sia-sia.
Kelibatmu langsung tak kelihatan.
Batang hidungmu ku tak keleh-keleh.
Puas ku melantak tiga bungkuih ayaq milo 'o ais kedai Pak Njang dengan 6 bungkuih kuih siput hat 2kupang sepeket tuh.. Namun rambutmu yang pacak-pacak macam kipli still tak lintas depan mataku.

Aku cemuih dah dengan fee'l kau!
Cemuih... Cemuih..
'Fedap' Tom n Jerry kata..

Dan sebenarnya,
Walau sampai tercabut pown keyboard nih.
Walau sampai 'huih' tapak kasutku ini.
Akanku terus menaip kata-kata manis buatmu,
Akanku terus berjalan menggapai pagar rumahmu.

Sayang, kalau aku kata nak bako kau pown.. Aku jugak yang rugi.

Kalau aku nak hempok-hempok laptop nih. Sapa nak ganti balik? Bukan buleh claim warranty pown.

Ya Allah, andai ini benar-benar jodohku, Kau sedarkanlah dia agar dia mengerti betapa aku memerlukannya..
Ya Allah, Kau percepatkanlah urusannya agar aku dapat mengetahui keputusannya..

Oh UI* yang ku kasihi.
Cepat-cepatlah keluarkan offer letterku!
Jangan biarkan Islam terus dihina kerana sistem kau yang sepantas lintah tu..


nilah warung Bedah Bistro hat dalam CUN tuh.. ngeh2.. belakang umah  munet ja. (tiada motif)

P/s : Nak tukaq u lah camni~! grrrr
Sekian.