Followers

About Us

Thursday, December 29, 2011

0233 hours

Dah pukoi 2.33pagi..
Esok 9.00pagi exam calculus 1.
Moga dapat jawab dengan sempurna.
InsyaAllah. All the best.

Selamat pagi, have a beri the beri gud morning sleep yaw!

Tuesday, December 27, 2011

Memburu Impian

ALL THE BEST IIUM 


Pada setiap titik  semangat kerajinan yang menitis,

pasti ada selautan kemalasan yang menimpa.

Monday, December 26, 2011

HARUSLAH STUDY WAHAI MUNIEROH

Salamualaik,
this gonna be a short entry. InsyaAllah

Sedih.

Sedih dengan diri sendiri.

Sedih dengan perangai ni.

Sedih sangat.

Sungguh sedih.

Sedih sangat apabila tiga hari yang berlalu kosong tanpa apa-apa pengisian.

Berusahalah Munieroh, 
Jangan patah semangat.
Jangan give up.
Jangan fed up.

Ingat Allah.
Ingat Mak
Ingat Abah

Thursday, December 22, 2011

PMR 2006

Menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada waktu itu tidak segentar masa kini. Tiada perasaan sungguh. Samada sebelum exam, semasa exam or ketika result nak kluaq.

Tak pernah nak aim tinggi-tinggi. Yang pasti, akan fail Maths dengan Sejarah. Dua subjek killer, tapi buat-buat pekak. Or memang pekak. Tak pernah usaha untuk subjek yang dua ni.

Standard budak sekolah kampung, kategori luar bandar lagi... mana nak kenai SBPI atau MRSM bagai...

Tapi Alhamdulillah, berjaya dengan jayanya... Sungguh tak tercapai dek akal. Dapat A untuk Maths dan sejarah sangat hairanik dan peliksss. Ya, Allah banyak tolong. Tiada yang lain melainkan Dia. Dan Alhamdulillah, mendapat A untuk ke-8-8 subjek. Dan Alhamdulillah dapat masuk Beseri. Dan Alhamdulillah Beseri tu tempat pemulihan akhlak :)

So, buat adik-adik yang nak dapat result esok, walau sebanyak mana A yang ampa dapat jangan angkuh. Walau tadak A pon, xpa... life must go on. Keep looking for the best as He knows the best for you.



|Langit Ilahi|


Yang terbaik tidak semestinya dengan banyak A.

Ada orang banyak A, tetapi kemudian semakin menjauh daripada Allah.

Ada orang sedikit A, tetapi kemudian semakin akrab dia dengan Allah.

Mana yang lebih baik?

Apapun, yang penting usaha kita adalah untuk menjadikan semuanya 'A'. Semua itu tidak hanya terhad kepada akademik sahaja. Tetapi dalam segenap aspek hidup.

Dan 'A' yang tertinggi adalah 'A' di sisi Allah.


Dan tentunya yang lebih baik adalah, adalah yang mendapat banyak 'A', kemudian semakin merapat dengan Allah.


Tuesday, December 20, 2011

Secawan Nescafe

Mata masih segar.
Susah nak pejam.

Buku Electric Circuit dah katop..
Resistance, inductance, capacitance... sila kekal dalam cerebellum.

Scapula sakit.
Ball and socket joint macam dah x berfungsi.
Banyak sangat main laptop. Dulu sakit sebab banyak menulis. Banyak buat karangan.

Secawan nescafe yang masih berbaki.
Sejuk!
Dah tak terasa nak hirup.
Abaikan.
Esok baru basuh mug ni.
Nak pi toilet malam2 ni semata2 nak basuh mug? NOPE!


Sungguh la orang kata 'Setiap yang berlaku ada hikmah'
It is all fate, believe in Him.. He knows the best.

Calculus.
FAIL midterm.
Rasa dak nak give up. Lantaklah untuk final ni.
But then Dr Raihan suntik satu semangat untuk study smart.
Don't think about your midterm and carry mark. Just concentrate for the final.
Do your job and I'll do my job. Don't ask me how I do it.

Berkat tak pernah ponteng kelas calculus yang seawal 8.30 pagi.
Berkat kelam kabut pagipagi isnin dengan rabu.
Berkat.
Alhamdulillah.
I'll do my best for the final!
29-Dec-2011
9.00 am
MTH 1112

Salamualaik...
(^_^) <---muka gembira HilalAsyraf

Otai UIA




My dear Kak Pipah... hang comey la weyh walaupun belemoih... hahahahahahaha

Monday, December 19, 2011

MALAS

Assalamualaikum.

Minggu ni sepatutnya busy,
Tapi busy tu kena letak tepi.
Malas nak pikiaq!

boleh teqa tu?

Thursday, December 15, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Keep on the silence mode

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa sangat sedih.. Ya Allah.. teguhkanlah hati ini..

Munet, be strong. Hang taw kan Allah is reserving someone special for you. Just for you.

Amalkan gaya hidup 3S
Suka.
Simpan.
Senyap.


Tengok handset. Kesian kat hang nset oi. Habeh dah calaq balaq. Dua hari lepas jatoh moto dua kali. Parut kekal kat setiap penjuru. Mesti hang saket kan nset? soriii, nanti kita beli baju na.. beli hat tebai2.. Munie janji..

Tengok handset lagi. Diam ja dia dok kat sebelah ni. Sepi. Sunyi. Sangat berbeza dengan dua tiga tahun lepas. Dulu gayot sampai dua tiga pagi. Mesej sampai kematu jarijari. Zaman jahiliah lagi. Zaman baru nak kenai orang. Zaman gedik tahap mokhsya. Zaman tak reti nak kesian kat mak abah. Abah topap tetiap minggu tapi kol abah 2 minet pon x smpai sehari. Mesej kat abah sari skali ja.

And now, still trying to improve all the 'not right here and there'. Memang la boring hidup sorang2.. rasa macam forever alone ja dok dalam compartment ni. Rasa sangat sunyi. Dan sedih.

Tengok handset. Cari mesej dari abah. Sumpah macam mesej ngan pakwe. Ha-ha. Pagi-pagi abah kol gerak subuh. pastu mesej mangket dah ka? Time lunch abah mesej lagi. Tanya makan dah ka? on weekend pulak abah mesej tanya pi mana hari ni. Oh abah.. ni yang buat cek sayang ni.. Tiap2 hari mesti abah kol, dok cqita dia pi mana hari ni... Rindunya kat mak ngan abah.. Mujoq mak tadak nset, kalau dak jenoh reply mesej..

Tengok handest. Dah pukoi 1.33 pagi tolak 10 menet. Normal jam student, pantas 10 menet. Esok kelaih pukoi 10. Rileks dulu lah.

Oh ya, tadi Asar ngan Maghrib berjemaah. wo-ho! wat a gud improvement. Tenkiu KakTeh jadi imam. InsyaAllah next time turn Munie pulak. Doakanlah la noh.

huish.. panjang pulak meqapu malam ni..

Be strong.

Stay strong.

Allah knows what you know not.

Friday, December 2, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Thanks Allah for make it easier for me.

Baru lepas berperang add subject untuk sem depan dan inilah hasilnya.


Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 14, 2011

Inikah jalanku?

Gambar sebagai ilusi penulis sedang makan.. (mood LAPAQ gila) sebab terlupa nak dinner gara-gara semangat buat drawing membara-bara. Hampir 3jam baru siap satu.

Mengenai tajuk di atas.
Kadang-kadang rasa macam silap jalan.
The road not taken.
Ingat lagi tak poem time high skol dolu?

Sungguh rasa macam dah terlajak banyak.
Dah terlalu silap sampai dah tak boleh nak patak balek.
Mungkin ada hikmah disebalik keterlajakan ini.
Who knows kan?
"Follow your dreams, Take one step at time, Don't settle for less, Just continue to climb."
"Never give up in what you strongly believe in. "
"It's better to look ahead and prepare than to look back and regret. "

Tuesday, November 8, 2011

Eid Adha '11















 Generasi ketiga Haji Husin and Hajjah Som.

p/s: Ramai orang kata anak menantu cucu cicit tok som ni segak2.. haha

Friday, November 4, 2011

the view of auxiliary

Assalamualaikum..
well, tajuk nak gempak ja.
Tengah serabut pikiaq macam mana nak buat auxiliary view ni. Baru pikiaq, tak mula buat lagi.. Drawing set pon tak xentuh lagi..  tapi dah setat dan mola pening.

Alhamdulillah.. dapat jawan Static dengan jayanya walaupan banyak kekompiusan dan kecelaruan juga pertindihan jawapan berlaku.

Esok kelas Drawing smpai Satu, pastu nak kluaq pi SOGO.. Sabtu balik!

B A L I K

B A L I K

B A L I K

Satu perkataan yang menggaris sekuntum senyuman paling indah dalam hidup ni.
terima kasih laa kat tok, mak, abah, tok wan.. susah-susah nak sembelih sekoq lembu sebab cucu depa balik.
Muahahaha  jemput la bersila kat umah Munet hari raya ke-2 na :)

Can cin cau.. nak pi melukeh sat.

p/s : kan best kalau drawing ni kena boh kaler.. baru la nmpak semangat sikit nak buat :)

Thursday, November 3, 2011

down to the earth

Baru setel exam ECE 1311 aka Electric Circuit.
Baru lepas kol abah.

Lega sikit rasa walau mata merah.

Munet, jangan teqeyak la.. nanti tak cantik.

Esok exam BM, lab quiz and exam Static.

Ingat dah aman lepas Static, tapi kena submit dua drawing hari Jumaat.

Cepatlah Khamis dan Jumaat berlalu..

Cepatlah datang wahai Sabtu!
Mahu Balik!!

Monday, October 31, 2011

Sudah tiga hari begini.

Sudah tiga hari berlalu..
Tiga hari yang setia ditemani Encik Circuit dan Static. Entah mengapa, mata ni susah sungguh nak mengadap BM atau UNGS. Padahal, BM dan UNGS juga kena score. 

Sudah tiga hari begini.
Tiada sebarang status berjaya di-up-kan. Satu komen pon tak leh nak wat. Even nak tekan butan like pon tak berjaya. Sungguh hairanik dan kepelikan. 




Up till here, 
Munet you have to change!
Jangan mudah berpuas hati. Jangan terlalu take every single thing as it is. Jangan terlalu mudah membuat suatu masalah menjadi simple. 

This is totally ngek! Hang mudah sangat menyerah dan berserah padahai hang taw semua ni YOUR CHOICE! 

IT IS YOUR LIFE,
TO LIVE WELL OR TO LIVE HELL.

Suka Blog ni!!!!

cekitdaut :)
-there could be beauty in tragedy, anyway-




Sunday, October 30, 2011

Se-Te-Reh

Assalamualaikum pembuka bicara.

Di saat ini FB sedang mengalami kemurungan melampaw dengan aku. Aku tak taw pasepa dia dok buat perangai time-time exam nih. Maybe dia suruh aku studi sungguh-sungguh. Tapi dia xtaw, aku ada blog. So segala idea yang mencurah2 nak buat status kat FB dicurahkan kat blog. Ha-ha.

Satu.
Kenapa mereka merokok? Aku tak kesah kalau boboi yang perah-santan macho tu yang smoking. Tapi, sangat hudoh piang bagi aku kalau gegel yang pakai tudung, pakai baju kurung time pi kelaih dok berasap sakan kat drying chamber tu. Sangat tidak perempuan! Aku ulang SANGAT TIDAK PEREMPUAN la weyh!! Ya Allah, dulu aku langsung tak taw pasai benda nih. Sampai la one day ada budak2 bilik sebelah dok bising2. Tapi at that time, I was like 'betoi ka?'.. Haishh, selagi aku tadak bukti 'I'll never belive that'. Then, she's like giving me a hint. She walk nearest to me.. sangat near sampai I can smell that 'bau rokok'.

And now, sama-samalah kita berdoa agar mereka berubah. And semoga Allah sentiasa memelihara iman Munet yang senipis bawang ni. Semoga Allah sentiasa jauhkan Munet dari turut sama terlibat dengan mereka.

Dua.
Back to the main point.
Am I se-te-reh? Baca stress.
No! I'm NOT!

Tiga.
Jadual untuk minggu ni.


Till now, lalalala tatatat tititit

Friday, October 28, 2011

MTH 112 - ENGINEERING CALCULUS 1

Assalamualaikum..
This will be the shortest one.

Malam ni exam mid term oiii..

Doakan Munet dapat jawab dengan jayanya :)

Exam dari pukoi 8 sampai 10 malam ni...

sekian, can cin cau...

Monday, October 24, 2011

Stop pointing others

Assalamualaikum.

Through out my life, I'd learnt soooo many thingsss.
But things got harder and harder.

I never learnt from the past. That's the main problem and I don't know how to overcome it.


I'm falling in love!

Wednesday, October 12, 2011

Out loud.

Assalamualaikum.

Di saat ini, kecelaruan fikiran sedang melanda.
Nak beli tu!
Nak beli ni!
Nak hat tu!
Nak hat ni!

Bajet macam orang2orang atasan kan.. semua benda nak demand.
And at last, apa pon tak dapat.

When you had realized how hard and susahpayahnya they are working all day and night to gain a cent, then you had the what we call 'kesedaran diri' in spending your money.
Yes! Sekarang ni kena dan wajib berusaha berjimatcermat.

Tapiiiiii
Kasut dah lekang.
Beg dah buruk.
Seat motor pon dah berlubang.
Nak helmet baru!

Dan begitulah yang terjadi...
Pada setiap niat suci dan murni yang terdetik pada jiwa ini, pasti ada setitik halangan yang mendatang.


Oh, lagi satu!
Spending on food pon kena tingkatkan lagi since I need lots of makanan yang berkhasiat.
Kena makan banyak-banyak sebab berat badan menurun dengan tragisnya.
Mengalahkan orang diet!
Apa punca semua ini?
Adakah saya sedang gering?




Monday, October 10, 2011

SEKUAT TABAH!

Assalamualaikum.


Maybe this is the first and the last time wearing this lovely uniform.
I've decided to QUIT after a deep thingking of why I can't 'jatuh' properly.

And....
.
.
.
It's seems that I can't stand straight properly anymore.

Dear silat,
you know how I wish to wear those red belt?
you know how I dream on it?

I will miss those memories we had create from PJ.
Yes! I will!

Dah la tu..
-mana teqeyak pon-
=.=
Munet kan sekuat tabah!

Tuesday, October 4, 2011

Kembali Bersilat

Hola!
Assalamualaikum.

Malam ni pi silat untuk kali ke-4 di IIUM nih..
Perasaan segan dan silu masih ada walaupun kakak2 dan abam2 sporting..
Tapi malam ni macam tak berapa nak malu sangat laa sebab ramai yang tak mai..

Tonight, I had realised that I'm a little bit scared with knife.. Pelik! Pisau tu bukannya tajam teqa mana pon..  What hepen to you Munet?? Kata fear is not the factor! haissshh.. 
oh ya, Munet bukannya takut dekat pisau pelit la..
ngeh-ngeh..


Hati ni masih flowering!
Dapat balik LoxStuck dua hari sangatlah best!
Even penat berkenduri kat rumah long.. tapi rasa sangatlah berbaloi.. Dapat jumpa semua adik beradik. Dapat makan nasi minyak!  fuh fuh fuh sedap!


Fuh~!
Bila turn Munet pulak?? ngehngeh..





Yehaaaa berjaya up satu entry merapu minggu nih!

"There's no two days will be alike"