Followers

About Us

Sunday, March 20, 2011

Aku BENCI s

S ialah sepupuku sendiri
satu-satunya sepupu perempuan yang aku ada dalam family belah mak..

Sebenarnya S ialah anak kepada mak longku
S juga merupakan cucu perempuan pertama sebelum kelahiranku

So nak dipendekkan cerita, 
S ialah cucu kesayangan nenekku

apa saja yang S minta pasti nenekku tunaikan..

Ditakdirkan pula S merupakan seorang gadis yang cantik..
Cantik seperti Kajol.. (hiperbola gila)
Tapi memang cantik la macam Hanis Zalikha..

S juga cemerlang dalam pelajaran.
Sering mendapat nombor 1 dalam kelas.
Anugerah Nilam.
Pengawas Sekolah.
Dan macam2 lagi..

Since nenek sangat sayangkan S, so nenek menghadiahkan S sebuah komputer sebagai ganjaran kerana mendapat 5A dalam UPSR.

Nenek juga sering menghadiahkan S duit belanja..
Perkara ini bertambah meluat bila S mendapat 8A dalam PMR dan dapat masuk maresem..
Pantang S balik kampung, ada saja hadiah..

Bila S lulus test JPJ,
terus nenek menghadiahkan S sebuah motorsikal..

Tak cukup dengan tu,
nenek turut menghadiahkan S sebuah kereta bila usianya menginjak 20..

Nenek, sedarkah kau kami juga cucumu..

--- benci
--------  meluat
------------ menyampah

bukan nak salahkan S..
bukan juga nak salahkan nenek..

I heart you nenek~!

S di atas ialah 
.
.
.
.
.
.
.
SAYA

p/s : maaflah... munet memang melampaw~! tapi sungguh haish munet bukan mata duitan.. penah munet tanya tok, awat qeja bagi kat cek ja.. tok kata, biaq la duit aku... munet selalu jugak suruh tok beli kat along, angah, adik, asma, aima, am TAPI tok kata 'mahai laa'.. 'mak depa beli dah aih'.. herm.. tok.. nanti semua orang benci cek =(

huhuhu.. tok nak DSLR bulih?

1 comment:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah kajooolllll...

nak saiiinnn....

hahaha