Followers

About Us

The Inductance

Wednesday, October 6, 2010

Ekspressi Cinta Brutal Part 1

Hidup ni tidak akan tenang tanpa cinta

nothing related!


"Cinta tu penting.. walau brutal camner pown, aku rasa la kan...
aku tetap perlukan cinta.
Bohong la kalau ada manusia tak ada perassaan cinta.
Sedangkan orang gila pun bercinta.
bercinta dalam gila dia la... ntah apa-apa."


Aisyah memang cantik. Aku nampak dia jer, terus tangkap cintan. Takder tahan-tahan lagi! dengan confidentnya aku approach dia dan kata "Hai... boleh berkenalan?!"

        Heh! Mula-mula tu dia terkejut jugak. Iyer la, kan! Takkan tak terkejut kalau orang yang tidak dikenali menegur. Aku lak dalam hati ni gabra jugak. Maklumlah nak tegur orang yang kita minat. Gabra sebaba takut kena reject!

       Nasib baik la dia tak reject. Dia senyum!!! Hebat tuuuuhh....!

       Lepas tu dia jawab "Boleh, apa salahnya."

       Pehh! Mak oii.... Suara dia memang cun. Lembut dan indah didengar.Seindah wajahnyer yang cun giler tu. Naik gila aku sekejap! Bahagia rasa dunia masa tu.

        Masa mula-mula nak mesra tu, aku culture shock gak. Nak tau apsal? Ha... rupa-rupanya, dia lagi brutal dari aku!

        Korang tak yah la citer ngan dia ni muzik-muzik Subculture atatupun The Pilgrims... Cromok apatah lagi!

        Dia kata "Ala... ok la tu. Cuba awak dengar lagu-lagu Misery, Vomitus, Social Infestation Swing Riot, Victim9, 12 ounces, Terminal Disgust, The Ostwalds...bla..bla.. banyak lagi siot! Kaw giler!

        Ternganga aku sekejap.

       "Apa giler ka awek ni?" Fikir aku dalam hati.

        Mana taknya! Korang bayangkanlah, semua nama yang disebutkan tu mana banyak kat negara kita ni. Lepas tu lagu-lagu dia hardcore substances habess!

      Tapi ok la... mana-mana pun sama-sama gila beb! Aku suka!



[to be continued]

No comments: